Wednesday, June 19, 2013

290 days at #UNIMAS

Assalamualaikum.

Ya Allah, syukur Alhamdulillah. Dah habis setahun pengajian kat UNIMAS. Hari ni dah nak balik kampung, happy holidays to me btw. Final exam dah habis hari Selasa hari tu. Papers agak 'senang', dah buat yang terbaik. Mudah-mudahan result much better daripada sem 1. Okay, tetiba takde mood pulak nak ngomel pasal exam. Jadi stress, nak marah, geram kalau story pasal final hari t. Aish.


Sebenarnya entry ini aku buat tengah otw nak pergi airport, hewhew. Dah 290 hari kat #UNIMAS. Macam-macam dah lalui. Alhamdulillah, kat sini dikelilingi oleh kawan-kawan yang awesome, lecturer yang best lagi handsome lagi lawa lagi muda lagi oshemm. Terima kasih yang tak terhingga atas keriangan sepanjang 290 hari kat #UNIMAS. Okay, sem depan dah tak stay kolej dah, dah dapatkan rumah sewa. Dah pergi tengok dah pun semalam, kondisi terbaik. Buat housemates tersayang terima kasih sudi sebab jadi housemate yang best, yang gila-gila lagi sengal. Buat roomate, terima kasih jugak sebab teman aku kat bilik. Haha. Okaylah dah tak tahu nak cerita apa pasal tengah eksited nak balik rumah plus otak tak hilang lagi dari mood penat. Gaya kuat sangat setadi untuk final. Hampeh.

Okay, doakan perjalanan balik aku selamat ye. Happy holiday buat semua. Jumpa lagi sem depan.

p/s: harapnya takde yang repeat paper ye.
p/s: hidup Biotech, haha :)


# picnic kat Matang with homies. picnic lah sangatkan >_<



# my homie Aisah and Zati. Thank for everythings. will miss u seriously. :)



# With my bbf Fatin. Thank sentiasa tolong aku, teman aku, hehe.



# will miss library. gaya macam rajin pergi library lah sangat. puihhh



Sekian, terima kasih (skema ngat). haha :)
Okbai, tak sabar nauu nak balik.

Monday, May 27, 2013

macam-macam.

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, minggu ni dah minggu last lecture. Minggu depan dah study week, minggu seterusnya minggu memerah otak sedunia a.k.a final exam dan minggu selepas itu yeayy dah balik kampung.

Sebenarnya banyak benda nak 'muntahkan' dalam entri ni. Al maklum dah lama tak update blog sebab biasalah kan minggu-minggu terakhir memang banyak assignments kena hantar, banyak lab report kena selesaikan, banyak quiz kena hadap dan banyak presentation ke tempuhi. oohh, banyak betul banyak dia. hehehee

Pejam celik dah nak dekat setahun aku study kat UNIMAS ni. Subhanallah,time flies. Rasa baru semalam je landing kat Sarawak ni. Alhamdullilah, tinggal kat sini best kot. Even jauh dengan family tapi best. Macam mana nak cakap eh, best. Kat sini aku belajar macam-macam. Dapat jumpa kawan baru, dapat pergi tempat best, dapat makan makanan best. Tempat shopping kat Kuching ni bersepah okay. Suka lah iols.

Tiket flight dah siap book dah. Harapnya lepas ni semangat dan gigih untuk study ye. Kononya booking awal-awal buat motivasi buat diri-sendiri. ciss, alasan takboleh blah padahal empunya diri eksited yang amat nak balik. sobs :(
Harapnya, semua urusan di sini berjalan dengan lancar. Dapat graduate dengan selamat. Selamat maksudnya dengan pointer yang gempak. In sha Allah.

Terima kasih buat sahabat yang sudi mencurahkan kasih sayang, yang sudi menadahkan telinga, menghulurkan tangan, yang sudi menyandarkan bahu. Maafkan segala kekhilafan diriku ini.Ketahuilah aku sangat bersyukur pada Allah sebab hadirkan korang dalam hidup aku. Sayang korang


p/s: gambar serta caption di bawah adalah saat diriku dan Pateng konon-konon stressssssss. haha. padahal gila webcam. pastu pakcik library datang tutup lampu baru sibuk nak kemas-kemas barang balik. haha
p/s : Library adalah rumah kedua pada musim-musim final exam. haha


# muka stress tak boleh blah :p


# focus iols baca buku biochem, hehe


# carilah posisi yang best untuk study. atas lantai pun best ape. hehe


 # meniarap mood 


# love this picture so much, awww
.


Till then.
Doakan aku.
Terima kasih.
kbai

Monday, April 22, 2013

Ini hanya ujian .


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, dah settle presentation BM pagi tadi. Not too bad lah marks yang kitorang dapat even buat kerja last minute sebenarnya. hewhew. Last minute sebab masing-masing ingat tarikh presentation lambat lagi tambah-tambah masing-masing sibuk dengan midterm. Takpe benda dah lepas jangan dikenang. Dah lepas satu beban kat bahu ni, lepas ni kena prepare untuk nak siapkan assignment plant physiology dengan lab reports biochem dan microbe. In sha Allah, nak kena organize masa betul-betul baru kerja siap on the time.
Gitewlah gayanya :p

Sebenarnya sekarang aku tengah kurang sihat. Tekak perit, rasa macam nak demam. Tapi syukur punya roomates yang cakna, masing-masing berebut nak bagi ubat. Yang sorang bagi ubat besar gedabakmemnagkompemakutakmakan dan yang sorang lagi bagi strepsile. Kadang-kadang bagus jugak kalau kita kurang sihat ni. Maksud aku kalau kita lihat daripada sudut yang husnuzon, kita akan lebih muhasabah diri. Akan rasa diri kita lebih dekat dengan Allah. Allah uji kita sebab Dia tahu kita kuat, Dia tahu setakat mana kemaampuan kita. Bila sakit ni barulah kita rasa nikmatnya rasa sihat tu. Yelah, kadang-kadang kita ambik tak endah saja dengan kesihatan. Makan ikut sedap anak tekak, makan tak ikut masa. Sibuk sangat dengan urusan itu,ini sampaikan kesihatan tak terjaga padahal kita tahu kesihatan tu sangat penting. Nak belajar, nak jalan, nak buat kerja dan yang penting nak beribadat kena ada kekuatan fizikal.


Thanks for reading.
Doakan kesihatan aku. Amin
Till then.






Saturday, April 20, 2013

Jom mengundi #pru13


Assalamualaikum wbt. 








Yeah, u got the effortless entry again.
Selamat mengundi.

p/s: aku tak cukup umur lagi, masih muda :)

bye korang.
have a nice weekend padahal esok dah start kelas balik dah :(

Saturday, April 13, 2013

goodbye holiday, hello exam !

[quick update]

Assalamualaikum.
Baru habis menelaah statistics untuk test petang esok. Curi masa nak update blog sambil-sambil nak rest otak yang non-stop ngadap nombor(s) semata sejak daripada pagi tadi.
Sedar tak sedar seminggu berlalu dengan begitu cepat. Tak terasa pun cuti midsem seminggu, nasib baik aku tak balik kampung. Kalau balik mesti lagi rasa cuti seminggu tu macam cuti sehari. (ok,propa)

Holiday dah habis, so sekarang kena keep focus untuk next midterm papers dengan silibus/kuliah yang tak habis lagi. Lepas itu final exam, lepas tu cuti panjanggg, angkut luggage balik kampung, hewhew.
Okay, minggu depan and minggu yang seterusnya for sure tersangatlah busy mengalahkan diri nak ambik jadi calon wakil rakyat. Mana nak siapkan/hantar assignments lagi, nak buat lab reports, presentation itu, ini. Dahlah minggu depan kena pergi trip ke Bukit Sadok yang agi hidup agi ngelaban tu. ngeeeeeeeeeeh




# aish, rasa macam nak butakan mata tengok notes kat dinding :(





# ni sebenarnya motif entri ni. haha. 'emas' drpd semananjung. thanks roomate yg comels

Till then.
Wassalam.
Doakan aku :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...